Inaugural

Berdasarkan pencarian di kamus online prpm.dbp.gov.my , inaugural bermaksud ucapan sulung. Di pencarian Google pula bermaksud pertama.
     Inilah kali pertama aku menyertai satu syarahan inaugural yang disampaikan oleh dekan fakulti aku, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi iaitu Prof. Dr. Abdul Mu'ati @ Zamri Ahmad. Diadakan pada pagi jumaat yang penuh barakah aku hadir ke dewan persidangan tersebut dengan perasaan ingin tahu. Sebagai pelajar tahun pertama di fakulti ini, aku masih belum mengenali tentang bidang kepakaran Prof. Mu'ati. Pada hari pertama aku bertemu dengan beliau dan semua pensyarah fakulti di Dewan Za'ba pada minggu perkasa putra, aku tahu beliau mesti seorang yang hebat. Setelah beliau diperkenalkan sebagai dekan fakulti dan diberitahu beliau dari jabatan komunikasi, aku tahu beliau merupakan seorang individu yang aku boleh mengikuti jejak langkahnya untuk berjaya dalam bidang ini.
       Pada hari syarahan inaugural tersebut, setiap bibit perkataan yang disampaikan penuh makna dan aku kagum dengan cara penyampaiannya. Aku mempelajari dan memerhati banyak perkara baharu dengan menghadirkan diri pada hari tersebut. Alhamdulillah atas peluang ini dan ingin aku sertai lagi.

20181026 Inaugural Prof. Mu'ati


Comments

Popular posts from this blog

Hidup Bersama

ADIWANGSA