Hidup Bersama
Dalam entri ini, aku sertakan satu karya agung oleh sasterawan negara, A Samad Said. Kesungguhan beliau dalam mendeklamasikan setiap rangkap puisi ini telah membuat aku berfikir tentang banyak perkara. Setiap barisan disusun indah dengan maksud yang mendalam telah menyentuh jiwa merdekaku. Video ini telah ku ulangi beberapakali dan menjadi kegemaranku sepanjang minggu. Aku ada juga mencari laman web yang membuat kupasan atau ulasan tentang puisi ini. Namun begitu, aku masih belum menemui mana-mana web atau blog yang mengulas setiap barisan penulisan ini. Puisi Hidup Bersama ini bertemakan idealisme bangsa demi kemerdekaan Malaysia. Pada awal puisi ini Pak Samad menyatakan bahawa zaman peperangan di negara kita sudah lama berakhir tetapi kita masih perlu berusaha dalam mengisi kemerdekaan. Ungkapan pertama beliau sahaja sudah membuatkan jiwa ini bergetar dan masih mahu mendengarkan lagi apa yang akan disampaikan oleh beliau. Pada pengakhiran puisi ini pula, beliau menyentuh tentang...