Posts

Showing posts from October, 2018

Sukarela

Image
Menurut Wikipedia, ensiklopedia bebas, Sukarela secara umumnya dianggap sebagai aktiviti altruistik di mana individu atau kumpulan menyediakan perkhidmatan tanpa keuntungan "untuk memberi manfaat kepada individu, kumpulan atau organisasi lain".   Berdasarkan pendefinisian tersebut, jelaslah bahawa aktiviti kesukarelawanan wajar disertai kita semua demi membangunkan masyarakat yang harmoni. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat meringankan beban individu yang memerlukan. Semangat kesukarelawanan ini juga wajar dipupuk dalam diri setiap individu sejak dari bangku sekolah lagi. Kekerapan menyertai aktiviti kesukarelawanan secara tidak abgsung akan membuatkan seseorang itu terbiasa melakukan kerja-kerja sukarela atau kata lainnya menjadi rutin dalam kehidupan mereka. Semangat kesukarelawanan ini juga sekali gus akan membentuk jati diri individu yang baik. Sifat penyayang, peramah dan rajin bantu-membantu secara tidak langsung akan terlatih dalam diri individu. Antara a

Tekanan

Tekanan mampu menghasilkan sesuatu yang baik, sesuatu yang memudahkan gerak kerja manusia seperti tekanan air yang tinggi mampu menyalurkan air yang mencukupi dari rumah ke rumah. Tekanan juga mampu membantu kita dalam menghasilkan sesuatu juadah yang enak seperti periuk tekanan yang digunakan ibu untuk membuat kek hehe. Terlalu banyak sebenarnya tekanan yang baik kita rasai dalam kehidupan. Cuma kita tidak sedar dan tidak hargai kewujudan tekanan sebenarnya. Ini kerana apabila disebut sahaja 'tekanan', manusia akan kaitkannya dengan masalah mental individu. Ramai orang mengalami tekanan perasaan kebelakangan ini akibat stress. Stress dengan masalah di tempat kerja, masalah di rumah malahan juga stress dalam menjaga hubungan dengan manusia. Mungkin ini merupakan suatu perkara yang remeh. Perkara yang manusia anggap boeh diselesaikan dengan mudah. Akan tetapi, bukan tuan punya badan, siap tahu ? Sedar atau pun tidak, tekanan sebenarnya merupakan fokus kita yang sebenar

ADIWANGSA

Image
Menurut kamus dewan edisi keempat, ADIWANGSA didefinisikan sebagai bangsa mulia. Mulia pula bererti tinggi kedudukan atau pangkat mengikut kamus pelajar edisi kedua. Bangsa mulia ku anggap bangsa yang punyai budi pekerti yang baik, bangsa yang santun dan bangsa yang dihormati.         Dalam entri ini, aku mahu menceritakan tentang kisah kumpulan Adiwangsa aku. Kumpulan ini berfungsi untuk mempersembahkan sebuah persembahan gabungan antara dua kolej kediaman untuk pertandingan Malam Tunas Budaya (MTB) pada tahun ini. Hampir setiap malam kami pulang dan kembali ke kamar untuk beradu pada jam 2.00 pagi. Betapa kami bersungguh-sungguh untuk memberikan persembahan yang paling menarik pada malam tersebut. Bertemakan citrawarna dan Sayangi Malaysiaku, kami telah memasukkan unsur kebudayaan serta warna warni dalam persembahan kami. Tarian zapin melayu, tarian cina, tarian india serta tarian sarawak telah kami gabungkan di atas satu pentas. Persembahan kami juga diselitkan dengan lakonan r