Posts

Showing posts from November, 2018

"Pelapis media malaysia"

Image
 Menghadiri forum atau mana-mana syarahan di fakulti telah menjadi suatu kegemaran aku. Aku merasakan banyak ilmu dan pengalaman baru akan aku perolehi kerana aku percaya bahawa suatu proses pembelajaran ialah belajar dari kehidupan orang lain. Satu forum telah aku hadiri pada petang Isnin, 12/11/2018. Panel seramai 3 orang bekerjaya yang penuh pengalaman dalam dunia kewartawanan dan seorang personaliti media sosial.   Tajuk yang dibicarakan pada forum tersebut menarik dan berkait rapat dengan bidang yang akan aku ceburi nanti. Hatiku tertarik untuk menghadiri forum itu untuk mendengarkan pengalaman dan kisah mereka sepanjang berkhidmat dalam bidang ini. Datuk Jalil yang merupakan penasihat eksekutif editorial sinar harian banyak bercerita tentang kepayahan menyampaikan berita kepada masyarakat pada suatu masa dahulu atas kekurangan dari segi teknologi. Ardi Herman, editor berita Al-Hijrah berkongsi tentang cara penyampaian berita yang lebih mudah pada zaman ini.   Antara 4 panel

Inaugural

Image
Berdasarkan pencarian di kamus online prpm.dbp.gov.my , inaugural bermaksud ucapan sulung. Di pencarian Google pula bermaksud pertama.      Inilah kali pertama aku menyertai satu syarahan inaugural yang disampaikan oleh dekan fakulti aku, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi iaitu Prof. Dr. Abdul Mu'ati @ Zamri Ahmad. Diadakan pada pagi jumaat yang penuh barakah aku hadir ke dewan persidangan tersebut dengan perasaan ingin tahu. Sebagai pelajar tahun pertama di fakulti ini, aku masih belum mengenali tentang bidang kepakaran Prof. Mu'ati. Pada hari pertama aku bertemu dengan beliau dan semua pensyarah fakulti di Dewan Za'ba pada minggu perkasa putra, aku tahu beliau mesti seorang yang hebat. Setelah beliau diperkenalkan sebagai dekan fakulti dan diberitahu beliau dari jabatan komunikasi, aku tahu beliau merupakan seorang individu yang aku boleh mengikuti jejak langkahnya untuk berjaya dalam bidang ini.        Pada hari syarahan inaugural tersebut, setiap bibit perkataan

Inspirasi dari video

Image
Pertama kali aku mengenalinya ketika menonton satu video di laman Youtube. Pengisiannya dan setiap kata yang diucapkannya memberi kesan dalam jiwaku. Nama penanya ialah Aida Azlin yang menjadi ikon remaja pada masa kini. Beliau mengeluarkan video-video yang memberi inspirasi kepada remaja tentang kehidupan kini serta ada juga pesan-pesan buat masa yang akan datang.        Video pertamanya yang aku telah lihat adalah berkenaan doa Rasulallah, Nabi Muhammad SAW. Aida berkongsi tentang Allah telah memberi kepada setiap nabi utusanNya satu doa yang akan dikabulkan oleh-Nya. Antara doa yang telah dipohon adalah dari Nabi Nuh. Doa yang telah dipohonnya adalah untuk Allah melaknat umat yang mengingkari ajaran yang disampaikannya (Surah Nuh, ayat 71-72). Selain itu, doa Nabi Sulaiman yang meminta supaya Allah mengurniakannya kuasa dan kerajaan yang tidak akan sesiapa pun boleh memilikinya (Surah Sad, ayat 36). Kebanyakan nabi telah memohon doa untuk diri mereka sendiri kecuali Rasulallah S