Posts

14 minggu, terima kasih.

Seawal minggu pertama kami diberi tugasan untuk menulis blog ini Satu entri pada setiap minggu, itulah amanah yang diberi. Pada mulanya aku merasakan ini adalah suatu tugasan yang mudah Kerana aku ingat hanya perlu menukilkan cerita hari minggu Namun, menulis bukanlah mudah seperti yang dijangka. Ada hari, hari yang indah Pantas sahaja jari menaip kata-kata untuk menulis tentang hari tersebut Dan pada akhir kalam Hati berasa puas dan gemira melihat hasilnya Dibaca berkali-kali agar kelihatan sempurna Tidak perlu bersungguh memerah keringat Kerana kata-kata hanya datang seikhlasnya. Ada hari, hari yang biasa Aku tidak tahu menukilkan cerita Yang aku tahu, aku hanya perlu menukilkan sesuatu Demi memenuhi amanah yang diberi pada awal minggu lalu Puas aku mencari Tentang apa yang perlu aku tuliskan Dan apa sebenarnya aku ingin sampaikan Penat memerah keingat Penat mencari kata-kata Penat juga meluahkan rasa Dan dimana akhirnya aku tidak berasa puas hati dengan nuki

Legenda Cik Siti Masyhur

Image
Pada malam 5 Disember yang lalu, aku ke Dewan Besar UPM untuk menonton sebuah teater oleh pelajar BBK3305: Kesusasteraan Rakyat Melayu. Aku mengambil keputusan untuk hadir pada malam tersebut adalah untuk mencari pengalaman menonton lakonan di teater disamping mengetahui kisah hikayat melayu yang sudah lama aku tidak mengikutinya. Tidak dinafikan, aku didedahkan dengan kisah-kisah hikayat melayu hanya semasa berada di bangku sekolah. Oleh yang demikian, berada di peringkat pembelajaran yang lebih tinggi ini, aku perlu berusaha untuk mengetahuinya dengan sendiri.  Poster promosi teater pada malam itu Sionopsis: Merupakan sebuah kisah legenda yang berasal dari negeri Johor. Kisah tentang Cik Siti Aminah yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik dan digilai oleh lelaki yang melihat wajahnya. Ibubapa angkat Siti yang bimbang akan keselamatan dan kesuciannya telah meletakkan pantang larang yang perlu dia patuhi. Namun, dia telah melanggar pantang larang tersebut dan menderh

Belum Akhir Lagi

Setiap kali kita memulakan sesuatu, tentu kita berharap untuk pengakhiran yang memuaskan. Sebahagian dari kita hanya mengharapkan pengakhiran dan bukan impak yang berkesan. Jika ini terjadi, lihatlah semula pada niat insan. Mungkin kita bertungkus-lumus mengejar penghabisan. Namun, apa yang kita lupa adalah pengisian. Yang mampu memberi kesan kepada insan. Yang mampu mengajar erti keikhlasan. Yang mampu mulakan tanpa mengharapkan balasan. Dalam mengejar penghabisan, kita kerapkali juga lupa bahawa setiap pengakhiran merupakan sebuah permulaan. Penghabisan yang sambalewa penyebab permulaan yang tidak sedia. Penghabisan tanpa keikhlasan penyebab permulaan yang tidak bermakna. Maka beringatlah, semuanya

Ilham untuk 2 cerpen

Seawal minggu pertama aku ditugaskan untuk menghasilkan 2 buah cerpen oleh Dr. Kamariah yang perlu dihantar pada minggu ke-9. Aku memakan masa berminggu-minggu lamanya untuk mencari idea bagi mengasilkan sebuah karya sendiri. Dr. ada berpesan ilham itu ada dimana-mana. Hujan yang turun. Ilham. Pokok yang rendang. Ilham. Tasik yang tenang. Ilham. Dalam entri ini akan aku kongsikan dari mana ilham aku hadir buat penulisan aku, 'Aku Nak Balik Kampung!' dan 'Tinta Bunga Bonda' Untuk cerpen pertama, ilhamnya datang dari kisah hidup aku sendiri. Aku dilahirkan di bandar dan juga dibesarkan di bandar. Kampungku terletak di bandar. Setiap kali musim perayaan, akan aku beraya di suasana bandar. Jadi kadang-kadang aku juga mahu tahu bagaimana rasanya beraya di kampung. Dalam cerpen tersebut, aku meluahkan perasaan dan keinginanku untuk berada di kawasan kampung. Maka terhasillah, Aku Nak Balik Kampung! Cerpen kedua pula, Tinta Bunga Bonda, aku mendapat ilham dari min

Surat setiap Selasa

Image
Buat gadis remaja seperti aku, kami gemar menerima surat atau sebarang ucapan yang membuatkan kami berasa istimewa dan dihargai. Dalam entri ini, aku ingin berkongsi tentang surat yang aku terima melalui email pada hari selasa setiap minggu. Surat ini merupakan surat kiriman Aida Azlin yang merupakan seorang 'youtuber' yang telah aku kongsikan pada entri blog yang lepas. Selain menghasilkan video yang memberi inspirasi kepada wanita pada masa kini, Aida juga mengeluarkan 'Tuesday Love Letters'sebagai medium untuk menyampaikan dakwahnya.  Aku merupakan salah seorang yang akan menantikan email daripadanya pada setiap malam selasa. Dari bacaan itulah aku akan menemui inspirasi dan mempelajari sesuatu yang baru. Kadangkala Aida akan menyertakan puisi nukilannya sekali bersama email tersebut. Setiap bibit perkataan yang disampaikannya menyentuh sanubari aku dan sentiasa mengajak aku untuk berfikir lebih lagi tentang kehidupan. Betul lah orang kata, untuk membuka min

Hidup untuk memberi

Ada hari kita tertanya-tanya mengapa perlu bangkit dari tilam empuk Bukankah indah saja lena dibuai mimpi? Pagi yang dingin, subuh yang syahdu Lebih selamat bukan untuk terus berada disini? Ada hari kita merasa keselesaan untuk hanya diri sendiri Tidak mengendahkan persekitaran, tidak mengendahkan kesusahan Serba serbi lengkap untuk diri sendiri Tapi Pernahkah kita berfikir kesenangan ini tidak perlu dikongsi Pernahkah kita berasa perlu untuk merasa susah juga saban hari Kesenangan ini bukan untuk kita seorang Kesenangan ini adalah nikmat kurniaan-Nya Kesenangan sebenarnya hadir untuk kita memberi Memberilah kepada yang meminta Memberilah kepada yang tidak meminta Memberilah kepada yang memerlukan Memberilah kepada yang tidak memerlukan Memberilah ketika masih ada kudrat Memberilah ketika masih hidup

"Pelapis media malaysia"

Image
 Menghadiri forum atau mana-mana syarahan di fakulti telah menjadi suatu kegemaran aku. Aku merasakan banyak ilmu dan pengalaman baru akan aku perolehi kerana aku percaya bahawa suatu proses pembelajaran ialah belajar dari kehidupan orang lain. Satu forum telah aku hadiri pada petang Isnin, 12/11/2018. Panel seramai 3 orang bekerjaya yang penuh pengalaman dalam dunia kewartawanan dan seorang personaliti media sosial.   Tajuk yang dibicarakan pada forum tersebut menarik dan berkait rapat dengan bidang yang akan aku ceburi nanti. Hatiku tertarik untuk menghadiri forum itu untuk mendengarkan pengalaman dan kisah mereka sepanjang berkhidmat dalam bidang ini. Datuk Jalil yang merupakan penasihat eksekutif editorial sinar harian banyak bercerita tentang kepayahan menyampaikan berita kepada masyarakat pada suatu masa dahulu atas kekurangan dari segi teknologi. Ardi Herman, editor berita Al-Hijrah berkongsi tentang cara penyampaian berita yang lebih mudah pada zaman ini.   Antara 4 panel