Posts

Showing posts from September, 2018

Hidup Bersama

Image
Dalam entri ini, aku sertakan satu karya agung oleh sasterawan negara, A Samad Said. Kesungguhan beliau dalam mendeklamasikan setiap rangkap puisi ini telah membuat aku berfikir tentang banyak perkara. Setiap barisan disusun indah dengan maksud yang mendalam telah menyentuh jiwa merdekaku. Video ini telah ku ulangi beberapakali dan menjadi kegemaranku sepanjang minggu. Aku ada juga mencari laman web yang membuat kupasan atau ulasan tentang puisi ini. Namun begitu, aku masih belum menemui mana-mana web atau blog yang mengulas setiap barisan penulisan ini. Puisi Hidup Bersama ini bertemakan idealisme bangsa demi kemerdekaan Malaysia. Pada awal puisi ini Pak Samad menyatakan bahawa zaman peperangan di negara kita sudah lama berakhir tetapi kita masih perlu berusaha dalam mengisi kemerdekaan. Ungkapan pertama beliau sahaja sudah membuatkan jiwa ini bergetar dan masih mahu mendengarkan lagi apa yang akan disampaikan oleh beliau. Pada pengakhiran puisi ini pula, beliau menyentuh tentang

Untuk 3.5 tahun

Image
  Setahun berpijak di bumi ini merupakan suatu kegembiraan, pengembaraan dan keberkatan buatku. Pengakhiran satu tahun itu membuatku sedih dan sayu tetapi masih syukur tahun sudah berakhir. Lengkaplah sebuah novel jika aku menulis setiap detik dan waktu yang inginku simpan dalam memori. Memori yang mengajar aku untuk bertahan dan belajar tentang menjaga kehidupan dan perkara perkara yang membuatkan aku berjaga kehidupan. Walaupun satu tahun penuh makna itu telah berakhir, datang lagi 3.5 tahun yang akan bermula. Terima kasih untuk setahun yang penuh pengembaraan :)  Buat 3.5 tahun yang akan datang, aku akan berusaha dan belajar untuk pengakhiran yang serupa dengan satu tahun yang telah berakhir. Mungkin usaha yang aku perlukan adalah tiga kali ganda dan mungkin pengorbanan yang aku akan lakukan adalah lebih dari apa yang aku bayangkan. Namun walau apa pun yang akan berlaku, aku akan tetap tempuh dan menikmati setiap detik dengan syukur  kerana aku tahu ini semua adalah atu