Untuk 3.5 tahun
Setahun berpijak di bumi ini merupakan suatu kegembiraan, pengembaraan dan keberkatan buatku. Pengakhiran satu tahun itu membuatku sedih dan sayu tetapi masih syukur tahun sudah berakhir. Lengkaplah sebuah novel jika aku menulis setiap detik dan waktu yang inginku simpan dalam memori. Memori yang mengajar aku untuk bertahan dan belajar tentang menjaga kehidupan dan perkara perkara yang membuatkan aku berjaga kehidupan. Walaupun satu tahun penuh makna itu telah berakhir, datang lagi 3.5 tahun yang akan bermula.
Terima kasih untuk setahun yang penuh pengembaraan :) |
Jalan ini adalah jalan utama yang aku pilih. Jadi, jalan inilah yang aku perlu berjuang sehingga ke akhirnya. Memang kebanyakan kenalan dan ahli keluarga aku hairan dan bertanya mengapa ini jalan yang aku pilih sedangkan aku baik baik sahaja dalam bidangku sebelum ini. Mereka tidak tahu yang aku punyai impian yang harus aku hidupkan. Oleh itu, jalan yang aku pilih ini adalah sebagai langkah pertama untuk menghidupkan impian aku. Semoga 3.5 tahun lagi, aku dapat buktikan bahawa aku berjaya malalui jalan ini dan aku akan buktikan aku mampu memberi nyawa untuk impian aku.
Bismillah untuk 3.5 tahun yang akan datang. |
Comments
Post a Comment