Tekanan
Tekanan mampu menghasilkan sesuatu yang baik, sesuatu yang memudahkan gerak kerja manusia seperti tekanan air yang tinggi mampu menyalurkan air yang mencukupi dari rumah ke rumah. Tekanan juga mampu membantu kita dalam menghasilkan sesuatu juadah yang enak seperti periuk tekanan yang digunakan ibu untuk membuat kek hehe. Terlalu banyak sebenarnya tekanan yang baik kita rasai dalam kehidupan. Cuma kita tidak sedar dan tidak hargai kewujudan tekanan sebenarnya.
Ini kerana apabila disebut sahaja 'tekanan', manusia akan kaitkannya dengan masalah mental individu. Ramai orang mengalami tekanan perasaan kebelakangan ini akibat stress. Stress dengan masalah di tempat kerja, masalah di rumah malahan juga stress dalam menjaga hubungan dengan manusia. Mungkin ini merupakan suatu perkara yang remeh. Perkara yang manusia anggap boeh diselesaikan dengan mudah. Akan tetapi, bukan tuan punya badan, siap tahu ?
Sedar atau pun tidak, tekanan sebenarnya merupakan fokus kita yang sebenar dalam kehidupan. Tidak mungkin perkara gembira akan berlaku tanpa berlakunya tekanan berlaku terlebih dahulu ? Tekanan sebenarnya yang membuatkan kita berjaya sehingga kita masih lagi dapat menhirup udara kelegaan pada hari ini. Cuba anda bayangkan kehidupan tanpa tekanan ? Sungguh mebosankan. Sungguh tidak bermakna hidup ini. Jelaslah kita bahawa tekananlah yang memberikan warna-warna dalam kehidupan kita.
Oleh itu, aku ingin mengatakan hidup sebenarnya indah dan akan menjadi lebih bermakna
dengan hadirnya tekanan. Ketahuilah bahawa tekanan sebenarnya merupakan suatu nikmat. Nikmat yang tidak kita hargai. Nikmat yang tuhan mungkin akan tarik suatu hari nanti. Syukurlah dengan tekanan hidup yang dikurniakan-Nya.
Harrah's Casino - Mapyro
ReplyDeleteHarrah's 남원 출장마사지 Casino is 성남 출장안마 a fun, friendly place to play and win, and Harrah's Cherokee is 전라남도 출장안마 tucked 창원 출장마사지 away in the beautiful Smoky Mountains 의왕 출장마사지 of Western North Carolina.