Inspirasi dari video

Pertama kali aku mengenalinya ketika menonton satu video di laman Youtube. Pengisiannya dan setiap kata yang diucapkannya memberi kesan dalam jiwaku. Nama penanya ialah Aida Azlin yang menjadi ikon remaja pada masa kini. Beliau mengeluarkan video-video yang memberi inspirasi kepada remaja tentang kehidupan kini serta ada juga pesan-pesan buat masa yang akan datang.

       Video pertamanya yang aku telah lihat adalah berkenaan doa Rasulallah, Nabi Muhammad SAW. Aida berkongsi tentang Allah telah memberi kepada setiap nabi utusanNya satu doa yang akan dikabulkan oleh-Nya. Antara doa yang telah dipohon adalah dari Nabi Nuh. Doa yang telah dipohonnya adalah untuk Allah melaknat umat yang mengingkari ajaran yang disampaikannya (Surah Nuh, ayat 71-72). Selain itu, doa Nabi Sulaiman yang meminta supaya Allah mengurniakannya kuasa dan kerajaan yang tidak akan sesiapa pun boleh memilikinya (Surah Sad, ayat 36). Kebanyakan nabi telah memohon doa untuk diri mereka sendiri kecuali Rasulallah SAW. Baginda menyimpan doa tersebut untuk menyelamatkan umatnya pada hari pembalasan nanti. Aku rasa begitu kagum dengan sifat penyayang kekasih Allah ini. Sejak dari hari aku menonton video ini, aku telah mengikuti Aida di pelbagai laman sosial kerana daripada video yang disampaikannya, aku menemui inspirasi.


                                              

Comments

Popular posts from this blog

Hidup Bersama

ADIWANGSA

Inaugural