"Pelapis media malaysia"
Menghadiri forum atau mana-mana syarahan di fakulti telah menjadi suatu kegemaran aku. Aku merasakan banyak ilmu dan pengalaman baru akan aku perolehi kerana aku percaya bahawa suatu proses pembelajaran ialah belajar dari kehidupan orang lain. Satu forum telah aku hadiri pada petang Isnin, 12/11/2018. Panel seramai 3 orang bekerjaya yang penuh pengalaman dalam dunia kewartawanan dan seorang personaliti media sosial.
Tajuk yang dibicarakan pada forum tersebut menarik dan berkait rapat dengan bidang yang akan aku ceburi nanti. Hatiku tertarik untuk menghadiri forum itu untuk mendengarkan pengalaman dan kisah mereka sepanjang berkhidmat dalam bidang ini. Datuk Jalil yang merupakan penasihat eksekutif editorial sinar harian banyak bercerita tentang kepayahan menyampaikan berita kepada masyarakat pada suatu masa dahulu atas kekurangan dari segi teknologi. Ardi Herman, editor berita Al-Hijrah berkongsi tentang cara penyampaian berita yang lebih mudah pada zaman ini.
Antara 4 panel yang hadir untuk berkongsi, perkongsian oleh Kamarul Bahrin Haron, timbalan ketua pengarang Astro Awani yang membuat mindaku terbuka dan tercabar dengan kata-katanya.
"Zaman sekarang teknologi lebih canggih. Lagi senang untuk kamu semua mendapat maklumat berbanding kami dahulu. Kamu sebagai pelajar komunikasi perlu lebih rajin membaca dan mengkaji. Kamu semua perlu lebih tahu dari saya. So I want you to tell me what happened to MH370."
Dalam perkongsiannya, beliau ada mengatakan bahawa mereka telah lanjut usia dan akan meletakkan jawatan dalam bidang tersebut tidak lama lagi. Jadi, beliau ada berpesan kepada kami untuk meneruskan belajar dan meneruskan perjuangan media Malaysia pada masa akan datang. Hatiku berkobar-kobar sewaktu beliau menggelarkan kami "pelapis media Malaysia". Oleh itu, aku akan cuba untuk menyahut cabaran itu walaupun masih takut. Akan aku berusaha untuk membuktikan aku juga mampu.
12112018 Jihad dalam media |
Comments
Post a Comment