Legenda Cik Siti Masyhur
Pada malam 5 Disember yang lalu, aku ke Dewan Besar UPM untuk menonton sebuah teater oleh pelajar BBK3305: Kesusasteraan Rakyat Melayu. Aku mengambil keputusan untuk hadir pada malam tersebut adalah untuk mencari pengalaman menonton lakonan di teater disamping mengetahui kisah hikayat melayu yang sudah lama aku tidak mengikutinya. Tidak dinafikan, aku didedahkan dengan kisah-kisah hikayat melayu hanya semasa berada di bangku sekolah. Oleh yang demikian, berada di peringkat pembelajaran yang lebih tinggi ini, aku perlu berusaha untuk mengetahuinya dengan sendiri.
Poster promosi teater pada malam itu |
Sionopsis: Merupakan sebuah kisah legenda yang berasal dari negeri Johor. Kisah tentang Cik Siti Aminah yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik dan digilai oleh lelaki yang melihat wajahnya. Ibubapa angkat Siti yang bimbang akan keselamatan dan kesuciannya telah meletakkan pantang larang yang perlu dia patuhi. Namun, dia telah melanggar pantang larang tersebut dan menderhaka kepada ibu angkatnya. Disebabkan pelanggaran pantang larang tersebut, setiap lelaki yang mengahwini Cik Siti Aminah akan mati keesokan harinya dengan kesan gigitan haiwan berbisa. Kejadian pelik itu berlaku berulang kali pada setiap perkahwinannya. Setelah 99 orang lelaki gagal dalam perkahwinan dengan Cik Siti Aminah, seorang lelaki separuh abad umurnya bernama Habib yang dikatakan mempunyai ilmu agama yang tinggi serta ilmu kebatinan telah berkahwin dengannya. Habib telah berjaya menyelesaikan masalah yang menghantui Cik Siti Aminah selama ini dan menjadi suaminya yang ke-100. Akhirnya, perkahwinan itu kekal dan bahagia sehingga akhir hayat walaupun tidak dikurniakan cahaya mata kerana unur Cik SIti telah lanjut.
Lakonan oleh barisan pelakon pada malam itu begitu hebat sekali dengan persiapan pentas yang cukup sempurna. Cukup berbaloi lah kedatangan aku pada malam itu. Kisah yang dilakonkan juga agak menarik dan membuatkan aku berfikir tentang maksud tersirat yang kisah ini ingin sampaikan. Seperti mana yang kita tahu segala hikayat melayu, peribahasa dan tauladan mempunyai pengajaran dan teladan yang ingin disampaikan. Aku juga ada mencari tentang kisah ini di internet. Aku ada menjumpai satu artikel yang diterbitkan oleh berita harian. Bermula pada malam itu, aku menjadikan aktiviti menonton teater ini sebagai cara untuk memperoleh pengalaman sosial dan ilmu baru.
Comments
Post a Comment