14 minggu, terima kasih.
Seawal minggu pertama kami diberi tugasan untuk menulis blog ini
Satu entri pada setiap minggu, itulah amanah yang diberi.
Pada mulanya aku merasakan ini adalah suatu tugasan yang mudah
Kerana aku ingat hanya perlu menukilkan cerita hari minggu
Namun, menulis bukanlah mudah seperti yang dijangka.
Ada hari, hari yang indah
Pantas sahaja jari menaip kata-kata untuk menulis tentang hari tersebut
Dan pada akhir kalam
Hati berasa puas dan gemira melihat hasilnya
Dibaca berkali-kali agar kelihatan sempurna
Tidak perlu bersungguh memerah keringat
Kerana kata-kata hanya datang seikhlasnya.
Ada hari, hari yang biasa
Aku tidak tahu menukilkan cerita
Yang aku tahu, aku hanya perlu menukilkan sesuatu
Demi memenuhi amanah yang diberi pada awal minggu lalu
Puas aku mencari
Tentang apa yang perlu aku tuliskan
Dan apa sebenarnya aku ingin sampaikan
Penat memerah keingat
Penat mencari kata-kata
Penat juga meluahkan rasa
Dan dimana akhirnya aku tidak berasa puas hati dengan nukilanku
Namun tetap diterbitkan juga
Kerana aku tahu aku sedang belajar
Biarlah penulisan ini dikritik dan diulas
Supaya aku akan terus menulis dan menulis.
Ada kalanya aku menjengah blog orang untuk mencari ilham
Ilham untuk menulis
Jendela Kamilah aku rujuk kerana ini hasil guruku
Setiap kali aku melawati blognya
Wah!
Sungguh indah sekali penyusunan kata dan jalan cerita
Dearsarina juga aku baca
Kerana penulisannya yang membuka mindaku
Tentang kehidupan yang lebih lagi.
Kini,
Ini entri ke-14, entri yang terakhir
14 minggu kuliah aku hadapi beserta 14 entri yang telah kutulis
Akan aku kembali untuk membaca dan melihat apa yang telah aku alami
14 minggu pada semester pertama ini
Terima kasih Dr. atas tugasan ini
Tidak akan aku berhenti menulis pada 14 minggu yang akan datang.

Comments
Post a Comment