Ilham untuk 2 cerpen
Seawal minggu pertama aku ditugaskan untuk menghasilkan 2 buah cerpen oleh Dr. Kamariah yang perlu dihantar pada minggu ke-9. Aku memakan masa berminggu-minggu lamanya untuk mencari idea bagi mengasilkan sebuah karya sendiri. Dr. ada berpesan ilham itu ada dimana-mana. Hujan yang turun. Ilham. Pokok yang rendang. Ilham. Tasik yang tenang. Ilham.
Dalam entri ini akan aku kongsikan dari mana ilham aku hadir buat penulisan aku, 'Aku Nak Balik Kampung!' dan 'Tinta Bunga Bonda'
Untuk cerpen pertama, ilhamnya datang dari kisah hidup aku sendiri. Aku dilahirkan di bandar dan juga dibesarkan di bandar. Kampungku terletak di bandar. Setiap kali musim perayaan, akan aku beraya di suasana bandar. Jadi kadang-kadang aku juga mahu tahu bagaimana rasanya beraya di kampung. Dalam cerpen tersebut, aku meluahkan perasaan dan keinginanku untuk berada di kawasan kampung. Maka terhasillah, Aku Nak Balik Kampung!
Cerpen kedua pula, Tinta Bunga Bonda, aku mendapat ilham dari minggu konvokesyen yang berlangsung pada minggu itu. Jambangan bunga diberi kepada para graduat sebagai tanda tahniah. Aku tertanya-tanya mengapa bunga yang dipilih untuk diberikan kepada mereka. Setelah beberapa bacaan yang telah aku lakukan, pemberian bunga merupakan suatu adat yang dilakukan pada Zaman Victorian dahulu. Bunga diberikan sebagai suatu makna yang tidak dapat disampaikan melalui lisan.
Begitulah cerita cerpen aku. 2 cerpen bersama 5 puisi itu telah pun aku hantar untuk pemarkahan. Mungkin ini bukan penulisan aku yang terbaik tetapi ini adalah usaha terbaik yang aku telah berikan.
Comments
Post a Comment