Sukarela
Menurut Wikipedia, ensiklopedia bebas, Sukarela secara umumnya dianggap sebagai aktiviti altruistik di mana individu atau kumpulan menyediakan perkhidmatan tanpa keuntungan "untuk memberi manfaat kepada individu, kumpulan atau organisasi lain". Berdasarkan pendefinisian tersebut, jelaslah bahawa aktiviti kesukarelawanan wajar disertai kita semua demi membangunkan masyarakat yang harmoni. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat meringankan beban individu yang memerlukan. Semangat kesukarelawanan ini juga wajar dipupuk dalam diri setiap individu sejak dari bangku sekolah lagi. Kekerapan menyertai aktiviti kesukarelawanan secara tidak abgsung akan membuatkan seseorang itu terbiasa melakukan kerja-kerja sukarela atau kata lainnya menjadi rutin dalam kehidupan mereka. Semangat kesukarelawanan ini juga sekali gus akan membentuk jati diri individu yang baik. Sifat penyayang, peramah dan rajin bantu-membantu secara tidak langsung akan terlatih dalam diri individu. Antara a...