ADIWANGSA

Menurut kamus dewan edisi keempat, ADIWANGSA didefinisikan sebagai bangsa mulia. Mulia pula bererti tinggi kedudukan atau pangkat mengikut kamus pelajar edisi kedua. Bangsa mulia ku anggap bangsa yang punyai budi pekerti yang baik, bangsa yang santun dan bangsa yang dihormati.

        Dalam entri ini, aku mahu menceritakan tentang kisah kumpulan Adiwangsa aku. Kumpulan ini berfungsi untuk mempersembahkan sebuah persembahan gabungan antara dua kolej kediaman untuk pertandingan Malam Tunas Budaya (MTB) pada tahun ini. Hampir setiap malam kami pulang dan kembali ke kamar untuk beradu pada jam 2.00 pagi. Betapa kami bersungguh-sungguh untuk memberikan persembahan yang paling menarik pada malam tersebut. Bertemakan citrawarna dan Sayangi Malaysiaku, kami telah memasukkan unsur kebudayaan serta warna warni dalam persembahan kami. Tarian zapin melayu, tarian cina, tarian india serta tarian sarawak telah kami gabungkan di atas satu pentas. Persembahan kami juga diselitkan dengan lakonan ringkas Perdana Menteri Malaysia yang sedang memerhati perubahan zaman tetapi masih mengekalkan nilai-nilai kebudayaan yang sedang berlaku di negara kita.


    Debaran memang dirasai sepanjang hari. Walaupun persembahan akan dipersembahkan pada malam hari, sejak pagi lagi kami rasai debarannya. Dari latihan pementasan sehingga persiapan akhir pada waktu petang itu, semangat Adiwangsa berkobar-kobar untuk menyampaikan mesej-mesej patriotism yang terdapat dalam persembahan kami.

Sebahagian daripada persembahan Adiwangsa


     Usaha kami membuahkan hasil apabila pada penghujung majlis, Adiwangsa dianugerahkan tempat ketiga keseluruhan serta mendapat anugerah kumpulan teknikal terbaik. Ungkapan syukur serta air mata berderaian atas penganugerahan tersebut. Kami juga berpuas hati setelah selesai melakukan persembahan serta menunjukkan nilai-nilai perpaduan yang kami mahu sampaikan melalui persembahan kami. Menjadi sebahagian daripada Adiwangsa yang berusaha menyampaikan mesej perpaduan melalui persembahan merupakan pengalaman yang paling bermakna buatku. 

TAHNIAH ADIWANGSA !








Comments

Popular posts from this blog

Hidup Bersama

Inaugural