Sukarela

Menurut Wikipedia, ensiklopedia bebas, Sukarela secara umumnya dianggap sebagai aktiviti altruistik di mana individu atau kumpulan menyediakan perkhidmatan tanpa keuntungan "untuk memberi manfaat kepada individu, kumpulan atau organisasi lain".

  Berdasarkan pendefinisian tersebut, jelaslah bahawa aktiviti kesukarelawanan wajar disertai kita semua demi membangunkan masyarakat yang harmoni. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat meringankan beban individu yang memerlukan. Semangat kesukarelawanan ini juga wajar dipupuk dalam diri setiap individu sejak dari bangku sekolah lagi. Kekerapan menyertai aktiviti kesukarelawanan secara tidak abgsung akan membuatkan seseorang itu terbiasa melakukan kerja-kerja sukarela atau kata lainnya menjadi rutin dalam kehidupan mereka. Semangat kesukarelawanan ini juga sekali gus akan membentuk jati diri individu yang baik. Sifat penyayang, peramah dan rajin bantu-membantu secara tidak langsung akan terlatih dalam diri individu. Antara aktiviti kesukarelawanan yang boleh kita sertai termasuklah kempen derma darah dan juga pembersihan kawasan-kawasan rumah kenajikan.

  Dalam entri ini, aku ingin berkongsi satu aktiviti kesukarelawanan yang telah aku sertai. Penyertaan ini telah membuatkan aku ingin menyertai lagi kempen tersebut pada masa hadapan. Bila disebut tentang kempen ini, ramai individu akan berasa ragu untuk menyertainya. Namun, mereka tidak tahu bahawa terdapat banyak faedah yang dapat kita peroleh jika menyertai kempen ini secara sukarela.

Kempen telah aku sertai ialah kempen derma darah. Ini merupakan pengalaman pertama aku dan membuatkan aku ingin menyertai kempen ini lagi pada masa hadapan. Pusat darah negara sentiasa terbuka untuk menerima sesiapa sahaja yang ingin menderma darah secara sukarela selagi memenuhi syarat-syarat penderma. Berikut merupakan kriteria untuk menderma darah :


Sesuatu aktiviti yang kita lakukan secara sukarela untuk membantu orang lain dengan niat yang baik tidak mungkin mendatangkan keburukan. Derma darah mendatangkan banyak faedah kepada mesyarakat sejagat termasuklah menurunkan berat badan dan mengurangkan risiko sakit jantung. Oleh itu, jelaslah bahawa dengan menderma darah, kita bukan sahaja dapat membantu orang lain malah meberi kebaikan kepada diri kita sendiri juga. Oleh hal yang demikian, kita wajar menderma darah sekurang-kurangnya sekali dalam kehidupan kita kerana selain membantu orang lain, kita juga dapat memperoleh pengalaman hidup.



Comments

Popular posts from this blog

Hidup Bersama

ADIWANGSA

Legenda Cik Siti Masyhur