14 minggu, terima kasih.
Seawal minggu pertama kami diberi tugasan untuk menulis blog ini Satu entri pada setiap minggu, itulah amanah yang diberi. Pada mulanya aku merasakan ini adalah suatu tugasan yang mudah Kerana aku ingat hanya perlu menukilkan cerita hari minggu Namun, menulis bukanlah mudah seperti yang dijangka. Ada hari, hari yang indah Pantas sahaja jari menaip kata-kata untuk menulis tentang hari tersebut Dan pada akhir kalam Hati berasa puas dan gemira melihat hasilnya Dibaca berkali-kali agar kelihatan sempurna Tidak perlu bersungguh memerah keringat Kerana kata-kata hanya datang seikhlasnya. Ada hari, hari yang biasa Aku tidak tahu menukilkan cerita Yang aku tahu, aku hanya perlu menukilkan sesuatu Demi memenuhi amanah yang diberi pada awal minggu lalu Puas aku mencari Tentang apa yang perlu aku tuliskan Dan apa sebenarnya aku ingin sampaikan Penat memerah keingat Penat mencari kata-kata Penat juga meluahkan rasa Dan dimana akhirnya aku tidak berasa puas hati dengan nuki...