Posts

"Pelapis media malaysia"

Image
 Menghadiri forum atau mana-mana syarahan di fakulti telah menjadi suatu kegemaran aku. Aku merasakan banyak ilmu dan pengalaman baru akan aku perolehi kerana aku percaya bahawa suatu proses pembelajaran ialah belajar dari kehidupan orang lain. Satu forum telah aku hadiri pada petang Isnin, 12/11/2018. Panel seramai 3 orang bekerjaya yang penuh pengalaman dalam dunia kewartawanan dan seorang personaliti media sosial.   Tajuk yang dibicarakan pada forum tersebut menarik dan berkait rapat dengan bidang yang akan aku ceburi nanti. Hatiku tertarik untuk menghadiri forum itu untuk mendengarkan pengalaman dan kisah mereka sepanjang berkhidmat dalam bidang ini. Datuk Jalil yang merupakan penasihat eksekutif editorial sinar harian banyak bercerita tentang kepayahan menyampaikan berita kepada masyarakat pada suatu masa dahulu atas kekurangan dari segi teknologi. Ardi Herman, editor berita Al-Hijrah berkongsi tentang cara penyampaian berita yang lebih mudah pada zaman ini.   A...

Inaugural

Image
Berdasarkan pencarian di kamus online prpm.dbp.gov.my , inaugural bermaksud ucapan sulung. Di pencarian Google pula bermaksud pertama.      Inilah kali pertama aku menyertai satu syarahan inaugural yang disampaikan oleh dekan fakulti aku, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi iaitu Prof. Dr. Abdul Mu'ati @ Zamri Ahmad. Diadakan pada pagi jumaat yang penuh barakah aku hadir ke dewan persidangan tersebut dengan perasaan ingin tahu. Sebagai pelajar tahun pertama di fakulti ini, aku masih belum mengenali tentang bidang kepakaran Prof. Mu'ati. Pada hari pertama aku bertemu dengan beliau dan semua pensyarah fakulti di Dewan Za'ba pada minggu perkasa putra, aku tahu beliau mesti seorang yang hebat. Setelah beliau diperkenalkan sebagai dekan fakulti dan diberitahu beliau dari jabatan komunikasi, aku tahu beliau merupakan seorang individu yang aku boleh mengikuti jejak langkahnya untuk berjaya dalam bidang ini.        Pada hari syarahan inaugural tersebut, s...

Inspirasi dari video

Image
Pertama kali aku mengenalinya ketika menonton satu video di laman Youtube. Pengisiannya dan setiap kata yang diucapkannya memberi kesan dalam jiwaku. Nama penanya ialah Aida Azlin yang menjadi ikon remaja pada masa kini. Beliau mengeluarkan video-video yang memberi inspirasi kepada remaja tentang kehidupan kini serta ada juga pesan-pesan buat masa yang akan datang.        Video pertamanya yang aku telah lihat adalah berkenaan doa Rasulallah, Nabi Muhammad SAW. Aida berkongsi tentang Allah telah memberi kepada setiap nabi utusanNya satu doa yang akan dikabulkan oleh-Nya. Antara doa yang telah dipohon adalah dari Nabi Nuh. Doa yang telah dipohonnya adalah untuk Allah melaknat umat yang mengingkari ajaran yang disampaikannya (Surah Nuh, ayat 71-72). Selain itu, doa Nabi Sulaiman yang meminta supaya Allah mengurniakannya kuasa dan kerajaan yang tidak akan sesiapa pun boleh memilikinya (Surah Sad, ayat 36). Kebanyakan nabi telah memohon doa untuk diri mereka sendiri k...

Sukarela

Image
Menurut Wikipedia, ensiklopedia bebas, Sukarela secara umumnya dianggap sebagai aktiviti altruistik di mana individu atau kumpulan menyediakan perkhidmatan tanpa keuntungan "untuk memberi manfaat kepada individu, kumpulan atau organisasi lain".   Berdasarkan pendefinisian tersebut, jelaslah bahawa aktiviti kesukarelawanan wajar disertai kita semua demi membangunkan masyarakat yang harmoni. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat meringankan beban individu yang memerlukan. Semangat kesukarelawanan ini juga wajar dipupuk dalam diri setiap individu sejak dari bangku sekolah lagi. Kekerapan menyertai aktiviti kesukarelawanan secara tidak abgsung akan membuatkan seseorang itu terbiasa melakukan kerja-kerja sukarela atau kata lainnya menjadi rutin dalam kehidupan mereka. Semangat kesukarelawanan ini juga sekali gus akan membentuk jati diri individu yang baik. Sifat penyayang, peramah dan rajin bantu-membantu secara tidak langsung akan terlatih dalam diri individu. Antara a...

Tekanan

Tekanan mampu menghasilkan sesuatu yang baik, sesuatu yang memudahkan gerak kerja manusia seperti tekanan air yang tinggi mampu menyalurkan air yang mencukupi dari rumah ke rumah. Tekanan juga mampu membantu kita dalam menghasilkan sesuatu juadah yang enak seperti periuk tekanan yang digunakan ibu untuk membuat kek hehe. Terlalu banyak sebenarnya tekanan yang baik kita rasai dalam kehidupan. Cuma kita tidak sedar dan tidak hargai kewujudan tekanan sebenarnya. Ini kerana apabila disebut sahaja 'tekanan', manusia akan kaitkannya dengan masalah mental individu. Ramai orang mengalami tekanan perasaan kebelakangan ini akibat stress. Stress dengan masalah di tempat kerja, masalah di rumah malahan juga stress dalam menjaga hubungan dengan manusia. Mungkin ini merupakan suatu perkara yang remeh. Perkara yang manusia anggap boeh diselesaikan dengan mudah. Akan tetapi, bukan tuan punya badan, siap tahu ? Sedar atau pun tidak, tekanan sebenarnya merupakan fokus kita yang sebenar ...

ADIWANGSA

Image
Menurut kamus dewan edisi keempat, ADIWANGSA didefinisikan sebagai bangsa mulia. Mulia pula bererti tinggi kedudukan atau pangkat mengikut kamus pelajar edisi kedua. Bangsa mulia ku anggap bangsa yang punyai budi pekerti yang baik, bangsa yang santun dan bangsa yang dihormati.         Dalam entri ini, aku mahu menceritakan tentang kisah kumpulan Adiwangsa aku. Kumpulan ini berfungsi untuk mempersembahkan sebuah persembahan gabungan antara dua kolej kediaman untuk pertandingan Malam Tunas Budaya (MTB) pada tahun ini. Hampir setiap malam kami pulang dan kembali ke kamar untuk beradu pada jam 2.00 pagi. Betapa kami bersungguh-sungguh untuk memberikan persembahan yang paling menarik pada malam tersebut. Bertemakan citrawarna dan Sayangi Malaysiaku, kami telah memasukkan unsur kebudayaan serta warna warni dalam persembahan kami. Tarian zapin melayu, tarian cina, tarian india serta tarian sarawak telah kami gabungkan di atas satu pentas. Persembahan kami juga diselitk...

Hidup Bersama

Image
Dalam entri ini, aku sertakan satu karya agung oleh sasterawan negara, A Samad Said. Kesungguhan beliau dalam mendeklamasikan setiap rangkap puisi ini telah membuat aku berfikir tentang banyak perkara. Setiap barisan disusun indah dengan maksud yang mendalam telah menyentuh jiwa merdekaku. Video ini telah ku ulangi beberapakali dan menjadi kegemaranku sepanjang minggu. Aku ada juga mencari laman web yang membuat kupasan atau ulasan tentang puisi ini. Namun begitu, aku masih belum menemui mana-mana web atau blog yang mengulas setiap barisan penulisan ini. Puisi Hidup Bersama ini bertemakan idealisme bangsa demi kemerdekaan Malaysia. Pada awal puisi ini Pak Samad menyatakan bahawa zaman peperangan di negara kita sudah lama berakhir tetapi kita masih perlu berusaha dalam mengisi kemerdekaan. Ungkapan pertama beliau sahaja sudah membuatkan jiwa ini bergetar dan masih mahu mendengarkan lagi apa yang akan disampaikan oleh beliau. Pada pengakhiran puisi ini pula, beliau menyentuh tentang...